Berkumpul di Facebook

Daphne Iking Mahu Dedah Kepincangan Rumah Tangga

PETALING JAYA: Pengacara televisyen, Daphnie Iking akan mendedahkan kepincangan dalam rumah tangganya termasuklah pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui pementasan Super Kam & The League of Extraordinary Femmes.
Daphnie berkata, selama ini ramai pihak yang tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga menyebabkan hatinya benar-benar pedih dan terluka.
"Ya, hati saya pedih apabila bekas suami menyaman lelaki lain kerana mengurat saya tetapi saya cuba melupakan peristiwa itu dengan ketawa.
"Ramai yang tidak tahu cerita sebenar tentang masalah dalam rumah tangga saya tetapi menuduh saya yang bukan-bukan, jadi saya mahu menggunakan pentas teater untuk mendedahkan semua itu," katanya secara eksklusif kepada mStar Online.
 
Daphne Iking
 
Teater komedi itu bakal dipentaskan di Black Box @ MAPS KL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai depan, pukul 8.30 malam.
Ia mengambil ilham daripada kes mahkamah yang membabitkan bekas suaminya dan seorang tokoh korporat yang didakwa menggoda Daphne.
Pementasan itu turut diterajui oleh pelawak handalan iaitu Joanne Kam Poh Poh, Jo Kukathas, Joanna Bassey, Maya Tan dan Shamaine Othman.
Dalam pementasan itu beliau akan memegang watak wanita idaman lelaki (wet dream girl) yang akan diterjemahkan dalam sebuah komedi spontan.
Daphnie atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah keluarganya di Penampang, Sabah.
Menyedari akan kritikan yang bakal diterima terutama selepas memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu, Daphne berkata; "Saya tidak peduli apa yang orang lain akan kata. Allah tahu siapa sebenarnya diri saya."
Sementara itu Joanne mengakui turut simpati dengan tohmahan yang terpaksa ditanggung oleh teman rapatnya itu sehinggalah dia terpanggil untuk menjadikan kisah tersebut sebagai bahan jenaka melalui pementasan terbabit.
"Saya suka menggunakan kisah peribadi sebagai bahan jenaka. Sebagai sahabat, saya banyak menggunakan Daphne sebagai 'mangsa' lawak jenaka saya.
"Untuk pementasan kami kali ini, saya mahu Daphne menjadi gadis GRO yang dilanggan bekas suaminya," ujarnya sambil ketawa.
Diterbitkan oleh ToniQ Creative, Super Kam & The League of Extraordinary Femmes turut memaparkan sketsa yang menyentuh isu-isu politik dan sosial semasa.
Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 boleh diperoleh dengan menghubungi TicketProhotline di talian 03-7880-7999, atau layari www.ticketpro.com.my

Jurulatih Jerman Semakin Yakin Muncul Juara Euro 2012

JURULATIH  Jerman, Joachim Loew memuji barisan pemainnya yang mempamerkan aksi membanggakan setelah menundukkan Greece 4-2untuk melangkah ke separuh akhir Euro 2012.
Kejayaan anak buah Loew itu memberi gambaran bahawa mereka telah selangkah kaki untuk mengulangi pencapain Euro 2008 untuk mara ke pentas akhir.
"Kita bermain dengan baik. Pemain juga banyak melakukan serangan dan ikut apa yang dirancang.
"Jadi, saya harap impian kami untuk ke final dan merampas kembali trofi Euro kali ini akan menjadi kenyataan," kata Loew.
 
Pengendali Jerman, Joachim Loew
Pada masa yang sama, Loew yang mengambil langkah berani dengan merehatkan trio  Mario Gomez, Lukas Podolski dan Thomas Mueller dalam pertemuan dengan Greece dan menggantikan pemain muda, Miroslov Klose dan Marco Reus membuahkan hasil apabila rancangan tersebut berjaya mencatat kemenangan berharga.
Ini berikutan kedua-dua pemain tersebut memainkan peranan apabila masing-masing menjaringkan gol untuk membantu Jerman mencatat kemenangan 4-2 ke atas Greece.
Loew berkata, "selepas kami mencatat tiga kemenangan berturut-turut, saya mengambil keputusan untuk membuat perubahan dengan membawa masuk beberapa pemain muda dalam pasukan."
"Saya yakin masanya adalah tepat dengan perubahan ini. Lagipun saya optimis mereka boleh melakukan dengan baik.
"Akhirnya mereka membuktikan yang pemilihan mereka adalah tepat apabila berjaya menjaringkan gol untuk Jerman," tambah Loew.
Sementara itu, jurulatih Greece, Fernando Santos pula berkata, mereka boleh meninggalkan kempen Euro 2012 dengan perasaan bangga dan mengaku Jerman adalah pasukan jauh lebih hebat.
"Tipulah sekiranya saya kata kekalahan ini tidak mengecewakan kami.
"Tapi, kami telah berjuang sehingga ke saat-saat akhir, dan kekalahan itu tidaklah terlalu dirasai kerana saya berpuas hati dengan corak permainan pemain.
"Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jerman kerana mempamerkan aksi yang hebat dan mereka berhak untuk kemenangan itu," kata Santos.

Album Hujan ‘Sang Enemy’ Dilancarkan

Album terbaru kumpulan Hujan yang bertajuk Sang Enemy dilancarkan dengan rasminya di Black Box, Publika, Solaris Dutamas malam tadi.
Dianggotai Noh Salleh (vokalis, pemain gitar), Hang Dimas (pemain keyboard), Hezry Hafidz "AG Coco" (gitar utama), Izzat Huzaini (gitar bass) dan Azham Ahmad (pemain drum), album Sang Enemy merupakan album keempat kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2006.
Antara lagu yang dimuatkan termasuk Janji Kita yang turut menampilkan penyanyi wanita popular tanahair, Yuna yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat. Turut dimuatkan adalah Ke Selatan, Mana Mungkin, Rumah Kita, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, Kembara dan DBS.
 
 
Tetamu yang hadir turut diperdengarkan setiap lagu yang terkandung dalam album di majlis tersebut.
Saluran TV9 merupakan penyiar rasmi dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi untuk majlis tersebut.

JAWI Cekup 4 Wanita Islam Jadi Penari Pusat Hiburan

KUALA LUMPUR – Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
 
 
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga, saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
 
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.
"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
 
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
 
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.
"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.
 
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.- Bernama

Detik Menyelamat Anak Gajah Yang Dilanggar Kereta Api

Kejadian perlangaran membabitkan anak gajah dan kereta api ini berlaku di India yang mana anak gajah tersebut telah terhumban ke parit berhampiran dan telah diselamatkan dengan menggunakan kren untuk menaikkannya. Anak gajah tersebut telah diselamatkan dan dirawat di pusat rawatan haiwan di Zoo tempatan India.
 
Walaupun anak gajah tetapi untuk menguruskan proses menyelamat agak sukar walaupun hanya seekor anak gajah, bayangkan kalau bapa gajah bagaimana. Lihat gambar dibawah yang menunjukkan detik-detik cemas ketika proses menyelamat anak gajah ini.
 
1Baby elephant was ran over (6 pics)
2Baby elephant was ran over (6 pics)
3Baby elephant was ran over (6 pics)
4Baby elephant was ran over (6 pics)
5Baby elephant was ran over (6 pics)
6Baby elephant was ran over (6 pics)

Klip Video Sami Yusuf & Siti Nurhaliza Buat Peminat Kecewa?

Sudah lama kita tidak mendengar lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza yang berunsur dakwah.
Kali ini, Datuk Siti telah berkolaborasi bersama Sami Yusuf dengan menampilkan lagu dakwah terbaru mereka, 'You Came To Me'.
Penyanyi serta komposer yang menerima jolokan 'Islam's Biggest Rockstar', Sami Yusuf telah berbesar hati untuk berduet dengan Datuk Siti dalam lagu itu pada masa yang sama ia dimuatkan dalam album keempatnya, 'Salaam'.
 
 
Sebelum ini, Datuk Siti telah merakamkan rasa keterujaan beliau apabila dapat bergandingan bersama Sami Yusuf.
Gabungan suara yang lunak, bait-bait lirik yang amat bermakna serta melodi yang menenangkan jiwa pastinya akan membuat anda terpaku.
Tambah menarik, lagu yang mempunyai gabungan bahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu telah dikompos sendiri oleh Sami Yusuf.
Namun, klip video lagu itu telah menjadi bualan di beberapa blog hiburan apabila ramai peminat Datuk Siti yang kecewa dengan penampilannya yang tidak menutup aurat secara penuh.
 
Jika dilihat pada maklum balas klip video lagu 'You Came To Me' yang telah dimuat naik menerusi Youtube, rata-rata di antara mereka kecewa dengan penampilan yang dibawa oleh Datuk Siti dalam lagu dakwah tersebut.
Bagi penulis, apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Namun, pada masa yang sama janganlah mengabaikan prinsip dari segi penampilan apabila ingin berdakwah.
Saksikanlah video klip tersebut dan anda menilainya sendiri.

Wang Dan CCTV Restoran Makanan Segera Dicuri

KANGAR – Sebuah restoran makanan segera di sini terpaksa menanggung kerugian selepas kejadian samun premis terbabit, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian itu disedari oleh pembantu pengurus restoran itu kira-kira jam 7 pagi.
Menurutnya, sebelum pulang pembantu pengurus restoran itu telah menutup akaun dan memasukkan wang jualan pada hari berkenaan ke dalam peti besi pejabat.
"Menurut maklumat, sebelum pulang pengadu telah menyimpan wang jualan hari berkenaan ke dalam peti besi pejabatnya dan telah memastikan semua pintu dikunci serta berada dalam keadaan baik.
 
 
Pelanggan ingin menikmati hidangan terpaksa membatalkan niat kerana restoran terbabit ditutup beberapa jam sehingga siasatan selesai dijalankan.
 
"Difahamkan setelah pengadu dimaklum pejabat dipecah masuk dan peti besi mereka dipecahkan, wang RM4,500 di dalamnya juga didapati tiada dipercayai dicuri," katanya.
Abdul Rahman berkata, suspek dipercayai memanjat belakang bangunan restoran dan masuk melalui pintu di tingkat atas yang dikatakan telah rosak sejak 20 Mei lalu.
Menurutnya, suspek kemudiannya dipercayai turun ke pejabat sebelum mengumpil pintu pejabat sebelum memecahkan peti besi yang menjadi tempat simpanan wang syarikat.
"Turut diambil suspek ialah kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah masuk," katanya.

Lori Tangki Minyak Meletup Rempuh Struktur Stesen Monorail Hang Tuah

KUALA LUMPUR – Sebuah lori tangki minyak yang hilang kawalan merempuh struktur stesen monorail Hang Tuah sebelum terbabas memasuki landasan sistem transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang, awal pagi semalam.
Pada masa sama sebuah tren LRT padat dengan penumpang sedang melintasi kawasan itu dihempap loriterbabit menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran.
 
Sebuah tren KL Monorail dari arah Maharajalela menuju ke Hang Tuah turut terbakar menyebabkan penumpang terperangkap di dalamnya.
Empat maut dan 30 cedera parah manakala 13 lagi cedera ringan. Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan perkhidmatan tren untuk ke tempat kejadian.
 
Pasukan penyelamat memenuhi lokasi kejadian bagi kerja-kerja 'menyelamatkan mangsa'.
 
Bagaimanapun, situasi menggemparkan itu hanya senario dalam satu Latihamal pelan Tindakan Kecemasan Bersepadu membabitkan stesen integrasi KL Monorail dan LRT yang dikenali sebagai Ex-AMMOK 2012.
Ketua Pegawai Operasi Rel, LRT Laluan Kelana Jaya RapidKL, Ahmad Nizam Mohamed Amin, berkata, ia diadakan untuk menguji dan menilai Prosedur Operasi Piawai (SOP) dan
Pelan Tindakan Kecemasan RapidKL.

Dinar: Kelantan Diberi 3 Minggu Siasat Dakwaan Seleweng

BACHOK – Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).
 
Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang  dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.
 
"Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini.
 
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
 
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.
 
Awang Adek berkata pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera.
Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam.
 
Katanya, isu itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan kepentingan awam yang banyak membuat pelaburan.
"Saya sendiri percaya kerajaan negeri tidak mahu perkara itu berlaku atau menyokong penipuan itu dan tidak mahu menyembunyikannya kerana lambat laun orang akan tahu juga," kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BadanPerhubungan Umno Kelantan. – Bernama

“Disoal Lebih 4 Jam, Bukan Kerana Buku Saya!” – Pekin Ibrahim

Pelakon filem Bunohan, Pekin Ibrahim terkejut apabila buku tulisannya yang berjudul Memoir Bukan Memoir dirampas oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu serbuan di pejabat syarikat penerbitan buku itu pada 12 Jun lalu.
 
Buku tersebut merupakan antara buku yang dirampas kerana dikatakan menyebarkan fahaman yang merosakkan akidah umat Islam oleh pihak JAIS.
Dalam serbuan tersebut, seramai lebih 30 pegawai yang terdiri daripada wakil JAIS, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan serbuan di premis tersebut.
 
Setelah diambil keterangan selama lebih empat jam, pelbagai persepsi dan salah faham yang timbul telah diselesaikan dengan baik.
"Insiden itu berlaku kerana salah faham. JAIS membuat serbuan di syarikat penerbitan itu kerana buku lain dan bukannya buku saya. Oleh kerana buku saya berada di situ, mereka turut merampas tiga naskhah untuk tujuan siasatan."
 
 
Selain buku terbaru Pekin, turut dirampas adalah buku tulisan Zahiril Adzim yang berjudul "Bogel Menuju Tuhan".
"Saya amat terkilan kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik sewaktu memberi keterangan kepada pihak JAIS. Saya tahu kandungan buku tersebut tidak salah dan telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), jadi saya telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu memberikan keterangan." tambah Pekin menceritakan pengalaman disoal-siasat selama lebih 4 jam.
 
Pekin ditemui selesai majlis pelancaran Buku "Memoir Bukan Memoir" yang berlangsung petang semalam di The Annexe, Central Market.
Menurutnya, buku tersebut lebih berkisar pengalaman hidupnya sebelum bergelar artis hingga sekarang.
"Dalam hidup kita melalui proses pembelajaran setiap hari. Saya mahu berkongsi pengalaman saya untuk dikongsi dengan golongan muda agar tidak cepat berputus asa dalam kehidupan." ujar Pekin yang turut bersama penyanyi Danny X-Factor berkongsi pengalaman zaman remaja mereka.
Rakan senegeri Pekin, Danny X-Factor pernah bekerja di A&W Petaling Jaya sewaktu zaman remaja mereka bersama-sama. Danny merupakan antara rakan yang mengajak Pekin untuk datang ke Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan.
"Saya mahu pembaca faham apa yang insan seni lakukan. Saya juga mahu rakan-rakan pelakon bersama saya menilai perbezaan antara artis dan penggiat seni sebenar." tambah Pekin yang merapati insan-insan seni seperti Khir Rahman dan Sofi Jikan untuk menambah pengalamannya dalam bidang seni.
 
Turut dilancarkan adalah buku pelakon Faizal Hussein yang berjudul Limelight. Diterbitkan oleh Merpati Jingga, buku berharga RM30 itu boleh dibeli secara online di http://tokobuku.fotopages.com

Aktiviti Air Dalam PLKN Akan Diteruskan Selepas Pembinaan Kolam Bersimen

 
 
SUNGKAI, 9 Jun – Aktiviti air di kolam semulajadi dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dihentikan ketika ini akan dilaksanakan semula selepas semua kem latihan di seluruh negara dilengkapi kolam bersimen.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan meminta semua pengusaha kem PLKN untuk membina kolam bersimen bagi menggantikan kolam semulajadi yang digunakan untuk aktiviti air sebelum ini.
"Dalam peraturan yang dikeluarkan oleh kementerian, untuk pengambilan kali ini kita tidak masukkan modul latihan dalam air kerana kita tidak mahu sebarang jangkitan yang disebabkan oleh air berlaku kepada peserta PLKN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Negeri Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata langkah itu adalah bagi menjaga keselamatan pelatih PLKN berikutan insiden kematian seorang pelatih, R.Vinoth dari kem Terkok, Sungai Siput, Perak, akibat kencing tikus pada 12 Mac lepas.
Sehubungan itu, katanya Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan bersidang dalam tempoh terdekat bagi mengarahkan semua pengusaha kem PLKN terlibat untuk membina kolam simen tersebut.
"Dalam perjanjian (sedia ada) mereka mempunyi kos tertentu dan jika kolam dibina secara tetap, satu perjanjian baru akan diambil kira bagi menentukan kos berkenaan di mana mungkin perjanjian konsesi akan dipanjangkan mengikut pelaburan yang dilakukan oleh pengusaha kem".
Katanya kolam itu akan dibina selepas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengadakan rundingan dengan pengusaha kem terlibat kerana ia melibatkan pelaburan yang agak besar iaitu sekitar RM200,000 hingga RM500,000.
Ketika ini, terdapat lebih 24,000 pelatih bagi kumpulan dua 2012 sedang mengikuti latihan PLKN di 79 buah kem di seluruh negara lebih sebulan lalu.
Kini hanya sebuah sahaja kem PLKN yang mempunyai kolam renang iaitu di Sibu, Sarawak.