Berkumpul di Facebook

Senarai Kedai Yang Menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KDS1M)

Beberapa hari lepas, saya terbaca berita Timbalan Perdana Menteri melancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M), dengan tujuan untuk membantu IPTA dan IPTS menghadapi kenaikan kos harga barangan. Kad diskaun KDS1M akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.

Pelajar perlu menunjukkan KADS1M berserta Kad Pelajar sebagai bukti untuk mendapat diskaun. Pelajar tidak perlu memohon sebaliknya maklumat pelajar akan diberikan oleh IPT kepada kementerian dan pihaknya mengutamakan pelajar tahun akhir terlebih dahulu.
Katanya, kerajaan tidak menanggung sebarang kos, sebaliknya ia merupakan pendekatan 'tanggungjawab sosial korporat' oleh Bank Rakyat yang membiayai kos pengeluaran kad,
Khabarnyanya idea bernas daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ini menawarkan kadar diskaun antara lima hingga 60 peratus. Dah ada 51 syarikat yang bersetuju untuk memberikan diskaun melaluikad KDS1M meliputi buku, alat tulis, pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga percutian.
Saya ada 2 anak lelaki yang sedang belajar di institut pengajian tinggi. Sebagai ibubapa yang menyara pengajian anak-anak saya juga berminat untuk mencari informasi mengenai barangan atau syarikat yang memberikan diskaun tersebut.
 
gambar kad diskaun siswa 1 malaysia
Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .
Kedai Buku
  1. MPH Bookstores
  2. Imlaq Book Centre
  3. Borders (hanya di KL)
  4. Rona
  5. Kiang Trading
  6. Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
  7. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8. Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk, kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.
Pakaian
  1. Bata
  2. Ifamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  4. Texline Lino
*Bata – Discount 10%
*Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih
Syarat
1. Pakaian Batik
• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)
• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)
• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)
• 30% (Kain pasang cotton/fuji)
• 25% (Kaftan)
2. Songket
• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)
• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)
3. Samping
• 20% (Corak istana)
• 20% (Corak bunga abor)
Kesihatan
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry
Makanan dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Briyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Product
  13. Gloria Jean's Coffees
  14. Bangi Kopitiam
KFC – Diskaun 5%
Syarat
1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.
2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.
A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter
Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel Sdn. Bhd.
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja
Salun / Pusat /Produk Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%
*Proactiv – Diskaun 5%
Syarat
1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja
2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain
3. Tidak sah semasa event/ roadshow
4. Diskaun:-
• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%
• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%
• Semua single item – diskaun 5%
Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih
Syarat
  1. Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
  2. KOPCEL Shoppe – 5% bagi 'Non PLU product' iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng
  3. Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi
Lain-lain
  1. Bkz Bikerz
  2. Roller Star Arena
  3. Double Site
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. Mydin
Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ
  1. Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal
  2. Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan
  3. Percuma caj upah pekerja bagi safety checking
Senarai syarikat dan produk adalah dari laman web www.1pengguna.com

Nutty-Notty - Pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah Menang Pertandingan Rekacipta Antarabangsa

IPOH: Daya kreatif dan inovatif lapan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah yang mencipta alat membuka nut tayar kereta menggunakan pam hidrolik, melayakkan mereka memenangi pingat emas dalam satu pertandingan pencipta muda di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Alat yang dinamakan "Nutty-Notty" dicipta bagi memudahkan penukaran tayar kereta tanpa menggunakan banyak tenaga dan mengambil masa yang singkat.
Alat itu pada mulanya dicipta menggunakan besi katil sekolah dengan kos RM30 dan dibawa ke pertandingan sempena Pameran Antarabangsa bagi Pencipta Muda 2012 (International Exhibition for Young Inventors 2012) di Bangkok.
Ketua projek, Nor Ameerah Nawi, 17, berkata alat itu sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutama kaum wanita yang kebiasaannya mengalami kesukaran untuk menukar tayar kereta yang pancit.
"Nutty-Notty dapat membantu mengeluarkan nut pada tayar kereta kerana hidrolik dapat membantu menampung beban yang berat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Nor Ameerah berkata kebiasaannya untuk menanggalkan satu nut secara manual akan mengambil masa kira-kira enam minit, bagaimanapun penggunaan "Nutty Notty" hanya mengambil masa dua minit.
Beliau berkata alat yang dicipta oleh pelajar tingkatan empat dan lima itu dipatenkan pada 27 Mac lepas.
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Noor Aini Zainal Abidin berkata alat itu akan dipasarkan dalam tempoh terdekat.
"Nutty-Notty" akan dijual dengan harga RM100 seunit. – BERNAMA

Skim Pinjaman JPA Sesi 2 Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara

Permohonan untuk Skim Pinjaman JPA Sesi 2 bagi Yuran Pengajian Ijazah Pertama (First Degree) Luar Negara dibuka dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2012. Bagi mereka yang telah belajar ke Luar Negara menggunakan duit persendirian (FAMA) bagi tahun pertama, anda boleh memohon Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara.
 
Bagi Rakan Lepasan SPM 2011 atau anak-anak Medic Mesir, yang telah pun atau bakal melanjutkan pelajaran ke Luar Negara menggunakan duit sendiri (FAMA), Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman Biasa.
Permohonan untuk Sesi 2 Pinjaman JPA Degree Luar Negara di buka dari 1 Julai sehingga 31 Julai. Ikuti cara memohon dan info lanjut di bawah ini.
 
ba6e2d739baa5423b36a6972d0521b8b Skim Pinjaman JPA Sesi 2 Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara

Kriteria Skim Pinjaman JPA sesi 2

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur di bawah 25 tahun pada masa applikasi
3. Belum mempunyai Ijazah Pertama
4. Ibubapa, adik-beradik dan pelajar bukan merupakan peminjam/penjamin tegar kepada mana-mana skin pinjaman/biasiswa kerajaan
5. Ibubapa, adik-beradik dan pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenarai hitamkan dalam mana-mana skin pinjaman kerajaan
6. Ibubapa, adik-beradik dan pelajar tidak pernah melanggar mana-mana kontrak biasiswa kerajaan
7. Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan dan
8. Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untul tempoh pengajian di luar negara sahaja

Bidang yang diutamakan

1. Perubatan
2. Pergigian
3. Farmasi
4. Sains Veterinar
5. Sains dan Teknologi (kecuali Sains dan Komputer dan Teknologi Maklumat)
6. Kejuruteraan (kecuali Elektrik & Elektronik, Mekanikal & Awam)
7. Senibina/RIBA Part II
8. Perakaunan/ACCA
9. Undang-undang
10. Ekonomi
11. Kewangan/Perbankan/Pemsaran/Perniagaan Antarabangsa
12. Perhubungan Antarabangsa
13. Komunikasi

Jumlah Pinjaman JPA sesi 2

Pinjaman Khas Perubatan = RM250, 000
Pinjaman Biasa = RM200, 000

Cara memohon JPA Pinjaman sesi 2 Luar Negara

1. Sebelum membuat permohonan, digalakkan untuk membaca GARIS PANDUAN terlebih dahulu.

Tarikh TUTUP sesi 2 : 31 Julai 2012

Masalah atau pertanyaan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Tel :03-8885 3436 / 3562
Faks :03-8889 2640
E-mail : penawaranlsp@jpa.gov.my

Tambahan

Kepada yang sedang berada di Luar Negara bagi Ijazah Sarjana Muda (Degree) menggunakan duit persendirian (FAMA), anda memang sangat digalakkan untuk membuat permohonan SKIM BANTUAN PINJAMAN JPA SESI 2. Semoga berjaya!

PROGRAM KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA(KDS1M): PELAJAR DAPAT DISKAUN 5-60%

PUTRAJAYA: Sejumlah 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berpeluang menikmati diskaun antara lima hingga 60 peratus pembelian pelbagai jenis barangan di premis terpilih di seluruh negara melalui program Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diperkenalkan kerajaan.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah memperkenalkan kad diskaun kepada golongan itu membuktikan kerajaan sangat peka terhadap masalah dihadapi rakyat, selaras dengan ekonomi negara yang berkembang pesat. "Satu fakta tidak dapat dielakkan ialah cara menguruskan kos sara hidup dalam keadaan ekonomi negara yang berkembang pesat.
 
"Langkah ini memberi manfaat kepada hampir sebahagian besar golongan masyarakat di negara ini," katanya ketika melancarkan KDS1M, semalam.
untuk mendapat Info lebih lanjut mengenai KDS1M ini sila klik link di bawah:-
 

Duduk semeja bincang isu murid SJKT

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengajak pemimpin MIC untuk duduk semeja bagi mencari mekanisme terbaik dalam menyelesaikan isu kekurangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Beliau berkata, mengambil kira beberapa contoh yang berlaku di kebanyakan sekolah aliran berkenaan, penting bagi pemimpin berkenaan menyelesaikan masalah itu sekali gus memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas.

"Saya dimaklumkan banyak sekolah seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekarang menjadi sekolah kurang murid dan sebuah sekolah yang sepatutnya boleh memuatkan 100 pelajar, yang ada cuma 10 pelajar dan tujuh guru.
"Sebab itu, saya nak mengajak pemimpin India seperti MIC untuk duduk bersama saya, bincang apa yang kita boleh lakukan. Bagaimana nak menentukan mutu pembelajaran di sekolah seperti ini dapat dimajukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baru SJKT Vivekananda Petaling Jaya di bawah naungan The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur, di SJKT Vivekananda, Jalan Templer di sini, semalam.

Sempena perasmian bangunan berkenaan, Muhyiddin turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM6 juta untuk diagihkan kepada tiga sekolah termasuk SJKT Vivekananda I, SJKT Vivekananda 2 dan SMK Vivekananda.

Malah untuk tidak menghampakan sekolah berkenaan, Muhyiddin turut meluluskan permohonan untuk menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kepada pelajar SMK Vivekananda dan kemudahan asrama.

Bersempena pada majlis berkenaan, Takaful Malaysia menaja RM50,000 bagi menaik taraf Makmal Teknologi Maklumat (IT) dengan sumbangan termasuk 20 komputer perisian baru, tiga pencetak dan pemancar Wifi, yang disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Md Kamil.
Hadir sama, Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan dan Pengerusi The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Tan Sri Dr Ampikaipakan Kandiah.