Berkumpul di Facebook

SMK Tunku Anum pertahan kejuaraan

USAHA keras akhirnya membuahkan hasil buat pasukan bola sepak SMK Tunku Anum (SMKTA) Kedah apabila mencipta kemenangan hatrik mempertahankan Piala Remaja Bawah 17 Tahun KPM 2012 dengan menewaskan SMK Mutiara Impian (SMKMI) Pulau Pinang, 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Darulaman, kelmarin.
Ketua jurulatih pasukan SMKTA, Mohd Zaini Othman berkata, beliau puas hati dengan kejayaan pasukannya yang meraih kejuaraan ketiga berturut-turut.

"Kejayaan kami tidak dicapai dengan mudah. Sejak mengambil tugas melatih pasukan pada 2008, kami berjaya layak ke final Bawah 15 Tahun di Manchester United 2010 tapi gagal mara ke final Piala KPM B-15 selepas tewas di separuh akhir kepada Sekolah Bola Sepak Bukit Jalil.
"Malah kami juga tewas kategori B-17 di peringkat sama tapi kini anak buah saya sudah matang dan belajar daripada kesilapan ketika mengharungi pertandingan itu pada 2010 dan akhirnya mencipta kejayaan," katanya.

Pada perlawanan kelmarin, SMKTA mendahului seawal minit ke-10 menerusi tandukan penyerang Harimau Muda C, Muhammad Shafiq Ahmad tapi pelawat menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian menerusi Muhammad Azrul Zulkifli.

SMKTA memastikan mereka mendahului sebelum tamat separuh masa menerusi jaringan Muhammad Azri Zulkiflee pada minit ke-30 dan dua jaringan selepas rehat menerusi Shafiq dan Azri pada minit ke-60 dan 74 memastikan mereka dinobat juara musim ini.

Permohonan masuk ke Tingkatan Empat MRSM dibuka 1 Okt

KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2013 akan dibuka secara online mulai 1 Okt ini selama sembilan hari.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat Mara, permohonan dan keterangan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman web, www.mara.gov.my. - Bernama

UM terus guna kaedah e-undi

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Proses Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (UM) di semua 18 pusat pengundian esok akan terus menggunakan kaedah e-Undi.
UM dalam kenyataannya berkata, ia merupakan tahun ketiga kaedah itu dipraktikkan bagi memudahkan mahasiswa menjalankan tanggungjawab mereka memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut.
 
"Seramai 22,882 mahasiswa dijangka turun mengundi esok dan keputusan akan diumumkan oleh Naib Canselor, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon selepas keputusan dimuktamadkan kira-kira pukul 6.30 petang," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kolej Mara jadi Institut Perindustrian Mara-Jepun

TOKYO – Kabinet pada Rabu lepas meluluskan penjenamaan semula Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Beranang, Selangor sebagai Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada negara.
 
"Saya yakin penjenamaan semula ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dan syarikat-syarikat Jepun, termasuk yang berada di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat.
Mohd Shafie melakukan lawatan kerja lima hari ke Jepun mulai semalam.
 
Beliau berkata, jumlah pelaburan antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pendidikan dianggarkan berjumlah kira-kira RM880 juta.
Mohd Shafie menarik perhatian bahawa kira-kira 900 pelajar tajaan Mara kini melanjutkan pengajian mereka di Jepun di peringkat ijazah dalam bidang perindustrian. – BERNAMA

Pilihanraya Kampus - Elak campur tangan luar

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Semua pihak dinasihatkan tidak campur tangan dalam proses pilihan raya kampus bagi membolehkan mahasiswa menggunakan platform itu sebagai pentas berpolitik mengikut konteks yang dibenarkan.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din berkata, campur tangan pihak luar hanya akan membantutkan proses pembelajaran mahasiswa selain matlamat pilihan raya kampus tidak dapat dicapai.
 
Sehubungan itu, katanya, adalah wajar pihak luar yang tidak berkaitan termasuk parti-parti politik memberi kerjasama agar ruang dan peluang mahasiswa mencorak dan memperjuangkan idealisme mereka yang mewakili suara penuntut dapat dilaksanakan.
"Pilihan raya kampus ini adalah waktu sesuai untuk kita memberi peluang kepada mahasiswa berdikari dan mengasah nilai serta bakat kepimpinan melalui ideanya sendiri tanpa pengaruh politik luar.
 

Pilihan raya kampus UiTM tiada 'gangguan'

SHAH ALAM 19 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menerima sebarang laporan mengenai campur tangan pihak luar pada pilihan raya kampus universiti berkenaan.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, pihaknya akan memantau serta memastikan proses pilihan raya kampus berkenaan diadakan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.
 
"Kempen berjalan lancar dan calon-calon juga bersemangat untuk bertanding. Kami di Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan pastikan tiada pihak luar terlibat dalam pilihan raya kampus kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pembangunan Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia 2012 di Dewan Seri Budiman UiTM, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin.

USM lahir kumpulan pertama graduan perubatan nuklear di Asia

PULAU PINANG 19 Sept. - Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah dengan kejayaan melahirkan graduan sulung peringkat sarjana perubatan nuklear iaitu yang pertama di Asia.
 
Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, kumpulan graduan itu terdiri daripada lima siswazah di bawah seliaan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju di kampus baru USM di Bertam, Kepala Batas di sini.
 
"Mereka telah memulakan pengajian pada 2008 dan program pengajiannya telah dirangka sendiri oleh tenaga akademik USM. Universiti berharap kejayaan ini membawa manfaat kepada negara dan masyarakat.

Calon promahasiswa tidak ada tempat di UiTM

SHAH ALAM 18 Sept. - Pilihan raya kampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijangka mengalami suasana berbeza berbanding di universiti lain apabila hanya calon proaspirasi sahaja yang bakal bertanding pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013.
 
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail berkata, perkara itu berlaku kerana pelajar di universiti tersebut menyokong segala aspirasi pihak pengurusan universiti malah berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan tempat pengajian kepada mereka.
 
Beliau berkata, calon pilihan raya kampus di universiti tersebut akan bertanding sesama sendiri bagi merebut dua kerusi bagi setiap fakulti.
''Ketiadaan calon promahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM bukan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang tidak menyokong aspirasi pihak pengurusan universiti.

Agong mahu lebih ramai rakyat miliki PhD

KUBANG PASU 18 Sept. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan hasrat untuk melihat lebih ramai rakyat di negara ini mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD).
 
Titah baginda, demi menjayakan perkara itu baginda menggesa agar semua pihak termasuk parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan masing-masing.
 
Katanya, kesedaran tentang kepentingan pendidikan sehingga ke tahap paling tinggi itu harus ditanam dalam jiwa rakyat pada usia kanak-kanak lagi.
"Berbanding sibuk berpolitik, lebih bermanfaat kepada negara jika parti politik dan NGO menjadikan ini sebagai agenda utama mereka.
"Untuk menjayakan hasrat ini, semua pihak perlu memainkan peranan. Kesedaran perlu diberikan di peringkat kanak-kanak betapa pendidikan boleh mengubah maju mundur, miskin hina seseorang," titah baginda yang juga Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-25 Sesi 1 (Khas), di sini.

Negara perlukan 17,000 lagi jurutera

Johor Bahru: Seramai 17,000 jurutera diperlukan bagi mengimbangi nisbah keperluan Malaysia sebagai negara membangun sebelum mencapai status maju pada 2020, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Negara kini, katanya, hanya mempunyai 65,000 jurutera dan jumlah itu tidak mencukupi bagi mengimbangi nisbah negara membangun iaitu seorang jurutera kepada 350 penduduk.
Masih kurang jurutera

"Berdasarkan kajian Lembaga Jurutera, Malaysia sebagai negara membangun memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional, tapi kita masih kekurangan lagi 17,000 pakar terbabit. Untuk mencapai status negara maju, nisbahnya 1:100 seperti dicapai Korea dan Jepun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam. Hadir sama Timbalan Naib Canselor UTM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Amat diperlukan

Shaziman berkata, tenaga profesional itu amat diperlukan sebagai tulang belakang pembangunan negara termasuk merealisasikan cita-cita mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian.
"Bidang kejuruteraan mempunyai peluang cerah dan mendatangkan hasil lumayan kerana banyak projek mega seperti Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang serta My Rapid Transit (MRT) memerlukan tenaga jurutera yang ramai," katanya.

Pada majlis itu, Shaziman turut menyerahkan replika Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada UTM yang membolehkan pemiliknya menikmati diskaun sehingga 60 peratus untuk barangan terpilih.

Negara perlukan 17,000 lagi jurutera

Johor Bahru: Seramai 17,000 jurutera diperlukan bagi mengimbangi nisbah keperluan Malaysia sebagai negara membangun sebelum mencapai status maju pada 2020, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Negara kini, katanya, hanya mempunyai 65,000 jurutera dan jumlah itu tidak mencukupi bagi mengimbangi nisbah negara membangun iaitu seorang jurutera kepada 350 penduduk.
Masih kurang jurutera

"Berdasarkan kajian Lembaga Jurutera, Malaysia sebagai negara membangun memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional, tapi kita masih kekurangan lagi 17,000 pakar terbabit. Untuk mencapai status negara maju, nisbahnya 1:100 seperti dicapai Korea dan Jepun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam. Hadir sama Timbalan Naib Canselor UTM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Amat diperlukan

Shaziman berkata, tenaga profesional itu amat diperlukan sebagai tulang belakang pembangunan negara termasuk merealisasikan cita-cita mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian.
"Bidang kejuruteraan mempunyai peluang cerah dan mendatangkan hasil lumayan kerana banyak projek mega seperti Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang serta My Rapid Transit (MRT) memerlukan tenaga jurutera yang ramai," katanya.

Pada majlis itu, Shaziman turut menyerahkan replika Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada UTM yang membolehkan pemiliknya menikmati diskaun sehingga 60 peratus untuk barangan terpilih.

Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar

Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku. Tidak bermaya


Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.

Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.

Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.

"Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Bajet 2013: Guru menganggur dapat perhatian

Nilai: Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan diketahui pada pembentangan Bajet 2013, 28 September ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan sesuatu yang akan mengubah nasib mereka.
Jalan penyelesaian

Kementerian akan mencari penyelesaian masalah ini, bagaimanapun graduan perlu bersabar menantikan pengumuman itu.

Semoga ada berita gembira, katanya pada sidang media selepas merasmikan Politeknik Nilai, di sini, semalam. Politeknik ke-23 itu ditubuhkan pada April 2007.

Sebelum ini, media melaporkan, 13,000 graduan pendidikan yang mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan berkenaan sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar, Perak; Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor akan menyediakan lebih 10 program pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Beliau berkata, program itu akan dilaksanakan sama ada secara berkembar atau anugerah bersama dengan institusi lain atau program pengajian yang dibangun dan dilaksanakan oleh politeknik.

Penambahan program ijazah di politeknik dibuat kerana permintaan lepasan pelajar politeknik ke institusi pengajian tinggi (IPT) semakin ramai. Daripada 12,000 permohonan hanya 3,000 saja diterima.

Selain itu, dengan adanya lebih banyak program, usaha mengiktiraf politeknik menjadi universiti yang menawarkan program berasaskan kemahiran pasti dapat direalisasi, katanya.

Kurikulum baru mulai 2016

KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.
Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.
 
Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

MIT universiti terbaik dunia

LONDON 12 Sept. - Universiti Cambridge yang merupakan universiti berprestij dan sebelum ini menduduki tempat pertama dalam senarai universiti terbaik dunia akhirnya tewas kepada Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dari Amerika Syarikat (AS).
 
Universiti bersejarah dan menjadi kebanggaan United Kingdom (UK) itu kini berada di tempat kedua diikuti Universiti Harvard dari AS di tempat ketiga.
Kolej Universiti London pula menduduki di tempat keempat selepas berada di tempat ketujuh pada tahun lepas.
Universiti Oxford, England mengekalkan kedudukan di tempat kelima dalam senarai yang disediakan oleh QS World University Ranking. - Agensi

Terengganu negeri terbaik UPSR Ke-12

KUALA TERENGGANU — Kerajaan negeri Terengganu yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai negeri terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-12 berturut-turut pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan penglibatan komuniti setempat bersama guru dan murid.
"Istimewanya di Terengganu, banyak sekolah yang menyediakan makan minum secara percuma kepada murid sepanjang UPSR berjalan, ini membuktikan betapa prihatinnya pengurusan sekolah dalam memastikan kebajikan murid terjaga.
 
"Inisiatif yang diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini adalah sebahagian contoh betapa pendidikan kini menjadi tangungjawab semua pihak, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai kuasa baharu dunia pendidikan tanah air," katanya di sini hari ini.
Penyediaan makanan berkhasiat secara percuma itu adalah untuk memastikan murid kekal bertenaga sepanjang menjawab soalan dengan nutrien penting, sebagai satu usaha PIBG untuk persediaan fizikal murid. - BERNAMA

Cipta perisian kesan ijazah palsu

SKUDAI – Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan perisian baharu yang didakwa mampu mengesan ketulenan ijazah graduan.
Sebagai permulaan, perisian itu akan diuji pada bakal graduan majlis konvokesyen universiti itu yang dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti.
Menjelaskan lebih lanjut, Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, teknologi yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem pengesan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil milik individu tersebut sah atau sebaliknya.
Katanya, perisian itu yang boleh dimuat turun secara percuma tidak lama lagi menerusi satu laman web yang sedang dibangunkan berfungsi mengimbas kod bar pada setiap sijil ijazah.
Tambahnya, Imbas Pembaca bukan sahaja boleh digunakan di universiti malah berguna kepada majikan untuk memastikan bakal tenaga kerja mereka menggunakan sijil sah atau palsu.
"Ciptaan ini memang menjimatkan masa kerana sebelum ini majikan perlu menghubungi pihak universiti untuk dapatkan pengesahan tetapi tidak lagi dengan adanya perisian baharu ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Muhammad Zaly turut memperkenalkan satu lagi ciptaannya iaitu aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan status halal produk.

PTPTN: 132,801 dihalang ke luar negara

TEMERLOH 10 Sept. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan peminjam tabung itu setelah mereka dikenakan tindakan saman atau surat tuntutan (LOD).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, langkah itu akan menyaksikan tindakan dikenakan terhadap peminjam termasuk melarang mereka ke luar negara mengikut peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987.
Jelasnya, sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 104,983 saman dihantar kepada peminjam atau penerima yang ingkar menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut.
"Tindakan ini hanya akan diambil terhadap peminjam atau penerima yang terus berdegil dan enggan membayar hutang walaupun diberikan amaran setelah beberapa kali dipanggil berunding serta diberikan peluang menyelesaikan pinjaman tersebut.

Asrama MRSM Kuala Kubu terbakar

HULU SELANGOR 11 Sept. - Kira-kira 300 pelajar yang mendiami asrama lelaki Blok K, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu di sini gempar apabila sebahagian bumbung di tingkat dua bangunan itu terbakar malam tadi.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 malam itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 9.35 malam dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
Seramai 17 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian. Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bumbung di tingkat dua asrama itu," katanya di sini hari ini.
Ekoran kejadian itu, kesemua pelajar terlibat diarahkan untuk menghuni di surau sekolah itu sebagai penempatan sementara.- UTUSAN

Sekolah perubatan perlu bertaraf dunia di Malaysia

Pelajar cemerlang OKU mendaftar di USM

GEORGE TOWN - Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 peringkat kebangsaan bagi kategori calon istimewa mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Yeow Ting Fong, 20, merupakan antara 4,285 pelajar baharu USM yang mendaftar.
Penghidap spastik itu akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Ekonomi.
Beliau memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dalam STPM.
 
"Jika mereka boleh berjaya, saya juga boleh. Kejayaan ini juga adalah dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa serta guru dan rakan-rakan saya," kata bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah, Bachang, Melaka kepada pemberita apabila ditanya mengenai kejayaannya memasuki USM.

Pelajar MRSM Pontian turut sertai pertandingan Esei Kemerdekaan

JOHOR BAHRU 9 Sept. - Minat terhadap bidang penulisan selain pernah memenangi beberapa pertandingan esei mendorong Noradlin Muniza Saidon, 16, untuk menyertai Pertandingan Esei Kemerdekaan Ke-55 edisi kedua anjuran Gerakan Belia 4B Johor dan Utusan Malaysia Biro Johor.
 
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian tersebut berkata, beliau pernah muncul naib juara pertandingan menulis esei peringkat daerah apabila menjadi wakil sekolah ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sinaran Chokoh di sini ketika berusia 12 tahun.
''Saya teruja mahu menyertai pertandingan esei kemerdekaan ini kerana inilah salah satu cara untuk saya mengasah dan mengembangkan bakat penulisan yang telah lama ditinggalkan.

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah di UiTM hari ini

MELAKA 7 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka akan menganjurkan kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Bola Raya 2012 bertempat di Padang Bola Sepak Unit Sukannya bermula pukul 8.30 pagi esok.
Kejohanan yang dikelolakan pelajar semester lima Diploma Komunikasi dan Media, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) itu akan disertai siswa yang tinggal di kolej-kolej dalam kampus dan pelajar yang tinggal di luar kampus.
Mereka terdiri daripada enam kolej dalam kampus dan dua kumpulan dari pelajar yang tinggal di luar kampus.
Juara kejohanan itu akan memenangi hadiah wang tunai RM300, pingat dan piala iringan manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM200 beserta pingat.
Tempat ketiga pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150 dan pingat.