Berkumpul di Facebook

Hafal al-Quran rahsia kejayaan pelajar STIAS

REMBAU 21 Mac - Didikan agama, menghafaz al-Quran dan bijak membahagikan masa adalah antara faktor kejayaan pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini apabila meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan hari ini.
Kejayaan itu juga meletakkan sekolah ini berada pada kedudukan terbaik di peringkat daerah Rembau dengan memperoleh kelulusan 93.8 peratus.
 
Ketua Unit Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Sofa, Abdullah Abdol Razak berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha Presidennya, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin yang menitik beratkan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
"Seramai 48 orang calon SPM telah didaftarkan pada 2012 dan ini merupakan kumpulan pertama yang didaftarkan bagi aliran sains agama dan sains ikhtisas berbanding tahun sebelumnya.

Najwa Latiff dapat 4A

BATU PAHAT 21 Mac - Penyanyi, Najwa Latif (gambar), 18, yang popular dengan lagu Muka Buku dan Kosong mendapat 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini bagaimanapun tidak hadir bagi mengambil slip keputusan itu.
 
Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti.
Najwa ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.
Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Baca al-Quran rahsia peroleh 9A+

KOTA BHARU 21 Mac - Amalan membaca al-Quran untuk merangsang perkembangan otak membuahkan hasil apabila Dini Mardiana Mohd. Radzuan, 18, diumumkan antara 15 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 peringkat negeri.
 
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher yang memperoleh 9A+ itu memberitahu, sejak kecil ibunya, Rusnani Kamaruddin, 54, dan ayahnya, Mohd. Radzuan Mohamad, 56, seorang jurutera telah membiasakannya membaca al-Quran setiap hari.
Berkongsi kejayaannya, anak bongsu daripada empat beradik itu memberitahu, dia belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan di sekolah dan memperuntukkan lima jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran di rumah.

18 calon dapat 5A dalam STPM 2012

KUALA LUMPUR - Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 calon (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.
 
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,709 calon atau 5.24 peratus lulus penuh dalam lima mata pelajaran manakala calon yang lulus dalam empat mata pelajaran berjumlah 21,779 calon (42.15 peratus).
 
"Seramai 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran, 7,299 calon (14.13 peratus) lulus penuh dua mata pelajaran dan 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata pelajaran.
"Jumlah calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon (47.39 peratus) bagi tahun lepas," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2012 di sini hari ini.
 
Mengenai prestasi pelajar, Mohd. Noh berkata, 18 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya

JANJI - Ibu bapa saman Selangor tuntut elaun rm50 sebulan utk anak tadika

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi berdepan tindakan saman terbaharu apabila seramai 1,888 ibu bapa di negeri ini menuntut tunggakan bantuan pendidikan anak-anak mereka bernilai kira-kira RM1.04 juta sejak 2008.
Dalam tuntutan saman itu, kumpulan ibu bapa tersebut mendakwa, kedua-dua pihak terbabit gagal melaksanakan pemberian bantuan RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah seperti dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.
 
Writ saman berkenaan telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Cara semak keputusan STPM online dan SMS

Cara Semak Keputusan STPM online dan SMS
 
 

University of Reading buka kampus rm980 juta di Iskandar Malaysia

UNIVERSITY of Reading, sebuah universiti terkemuka di dunia melabur RM980 juta bagi pembinaan kampus luar negaranya yang pertama di Iskandar Malaysia, lantas mengesahkan sokongannya untuk membangunkan Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau.
 
Naib Canselor University of Reading, Sir David Bell berkata, pihaknya gembira untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif bandar pendidikan atau EduCity, Iskandar Malaysia dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi.
"Kami secara proaktif akan membangunkan kampus ini agar dapat menawarkan pengalaman pendidikan yang terbaik kepada para pelajar dari kedua-dua sudut iaitu infrastruktur kemudahan yang disediakan hinggalah kepada sistem pendidikan yang akan disampaikan.
"Untuk menjana tahap kecemerlangan sedemikian, kami telah melantik pasukan dari United Kingdom (UK) yang akan berganding bahu dengan Iskandar Investment Berhad bagi memastikan kualiti dan pengalaman akan menjadi asas kepada pencapaian pembangunan serta kecemerlangan tersebut," jelasnya kepada Helo Kampus di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 

i-TR1M bantu 20,000 pelajar

Kuala Lumpur: Lebih 20,000 pelajar kurang berkemampuan mendapat manfaat daripada program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), yang digerakkan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Hasil memberangsangkan daripada program perintis yang dilaksanakan di Selangor dan Perak itu mendorong YGMB untuk memperluaskan inisiatif berkenaan ke seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh lima tahun ini.
Pendidikan percuma


Program i-TR1M adalah tuisyen percuma kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan yang mendapat sokongan penuh kerajaan bagi tujuan pembiayaan.
Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu untuk membolehkan pelajar kurang berkemampuan menikmati pendidikan terbaik secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Mejar (B) Wan Munadi Wan Mamat, berkata pihaknya berhasrat memperluaskan program terbabit ke Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah dalam tahun ini.

"Setakat ini pelajar di Selangor dan Perak sudah menikmati kemudahan tuisyen berkenaan. Di Perak, pelancarannya disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Beliau berkata, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program terbabit, yang menyasarkan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Program ini amat berguna dan kita mendapat maklum balas positif daripada pelajar, yang mengikuti tuisyen ini," katanya sambil menambah pemilihan sekolah untuk menyertai program terbabit dilakukan Jabatan Pelajaran.

Guna teknologi terkini

Wan Munadi berkata, tuisyen interaktif melalui teknologi terkini itu menampilkan sistem pembelajaran yang menyeronokkan menerusi modul pembelajaran sistem penilaian berasaskan sekolah yang akan diperkenal bagi menggantikan UPSR.

"Tuisyen ini adalah sistem pembelajaran secara atas talian. Selain memberi ilmu kepada pelajar, ia juga mendedahkan mereka kepada teknologi maklumat supaya dapat menimba ilmu secara berkesan dan menyeronokkan," katanya.

Kad kredit khas untuk guru, caj rendah, yuran percuma

YAYASAN Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kad kredit 1 TeachersCard yang menawarkan caj kewangan paling rendah di pasaran di samping pelbagai ganjaran serta keistimewaan yang menarik.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Mejar (B) Wan Munadi Wan Mamat, kad kredit ini eksklusif untuk guru, pegawai serta kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi ahli YGMB.
"Walau bagaimanapun, guru atau kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi belum menjadi ahli YGMB boleh memohon kad kredit ini.
"YGMB akan memberikan keahlian automatik dengan pengecualian yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM10 kepada mereka," jelasnya.
 
Pemegang kad ini bakal menikmati caj Kewangan atau fi Kemudahan serendah 8.88 peratus setahun dan yuran tahunan percuma seumur hidup, tanpa sebarang syarat.

ISU LAHAD DATU - Pengganas Sulu tukar strategi

LAHAD DATU 6 Mac - Kes pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang berlanjutan hampir tiga minggu bertambah rumit apabila pengganas kini menukar strategi dengan menyamar sebagai penduduk kampung.
 
Taktik yang digunakan itu menyulitkan pihak keselamatan memandangkan kawasan Felda Sahabat di sini, bukan sahaja amat luas tetapi mempunyai ramai penduduk berketurunan Suluk sekali gus menyukarkan proses pengecaman.
 
Malah, kumpulan pengganas itu juga dikatakan mempunyai sanak-saudara di kawasan kampung selain terdapat dalam kalangan mereka turut mendapat taraf penduduk tetap.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta masyarakat di kawasan terbabit sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini dalam situasi ketika ini.

ISU LAHAD DATU - Nur Misuari didesak dedah identiti 'pihak ketiga'

KUALA LUMPUR 6 Mac - Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari didesak membuat pendedahan berhubung identiti 'pihak ketiga' yang menjemput serta membiayai tindakan pencerobohan di Sabah.
 
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sebagaimana yang diketahui, MNLF tidak akan bertindak secara percuma tanpa sebarang ganjaran atau diberikan insentif komersial.
 
Jelas beliau, pendedahan tersebut lebih penting berbanding menafikan penglibatan anggota tentera MNLF adalah atas arahan beliau untuk membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa Sultan Sulu itu dalam insiden berdarah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
''Nur Misuari begitu cekap bermain sandiwara politik apabila membuat kenyataan itu dan ternyata tidak masuk akal kerana sebagai ketua MNLF beliau yang bayar gaji untuk menyara kehidupan semua anggota tenteranya.

Diploma sukan golf

Buat julung kalinya tahun ini, Universiti Malaya (UM) menawarkan Diploma Pengurusan Sukan Golf bagi membolehkan pelajar lepasan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara AKBG dengan UM baru-baru ini.
 
MoU tersebut disempurnakan Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Program sepenuh masa itu menawarkan pengajian enam semester selama tiga tahun untuk pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berpengalaman dalam golf atau pernah bekerja dalam industri sukan tersebut.
 

MPYM minta Limkokwing buka kampus di Gaza

Cyberjaya: Gerakan Belia Malaysia Palestin (MPYM), badan yang didaftarkan di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) mencadangkan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Malaysia membuka kampus di Gaza, Palestin.

Peluang pendidikan
Ia bagi membolehkan universiti yang turut mempunyai kampus di benua Afrika, Eropah dan Asia itu, menyediakan peluang pendidikan peringkat tinggi kepada belia Palestin yang terpaksa keluar negara untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PHD).


Presiden MPYM (Malaysia) yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, berkata penubuhan kampus universiti swasta itu boleh membantu warga Palestin memperkasakan pembangunan sumber manusia di wilayah konflik berkenaan.

Sukar keluar negara

"Belia Palestin menghadapi masalah untuk keluar negara dengan kos dan dana yang tinggi. Dengan pembinaan kampus Universiti Limkokwing di Gaza tentunya ia membantu.

"Kita mencadangkan perkara ini kerana kita tahu Limkokwing berhasrat membuka kampus di Ramalah, Tebing Barat tapi ia belum berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai kunjungan delegasi MPYM termasuk 11 wakil delegasi MPYM dari Palestin ke kampus induk Universiti Limkokwing, semalam.

Turut hadir, Penasihat MPYM, Datuk Mohd Farid Hassan dan Presiden MPYM (Palestin) Mohamed Y Hasna yang juga koordinator Persidangan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza.

Naib Presiden Universiti Limkokwing, Datuk Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal menyambut baik cadangan itu dan berjanji membawanya ke peringkat atasan kelak.

"Kita menyokong usaha pembangunan sumber manusia terutama dalam bidang inovatif dan kreatif. Malah kita menawarkan diskaun 50 peratus kepada pelajar antarabangsa dari negara konflik, termasuk dari Palestin, " katanya.
Ketika ini terdapat 120 warga Palestin melanjutkan pengajian di Cyberjaya.